Abang perhati saja adik tiri lemas sakit mental – Jiran

Abang perhati saja adik tiri lemas sakit mental – Jiran

Memetik laporan Kosmo Online, seorang lelaki berusia 26 tahun telah ditahan pihak polis kerana didakwa hanya berdiri dan melihat sahaja seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang lemas di sebuah apartment di Bangi, 13 September lalu.

Perkara itu turut disahkan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan di mana dia memaklumkan bahawa suspek merupakan abang tiri kepada mangsa yang lemas itu.



Penahanan itu dibuat selepas pihak polis meneliti kamera litar tertutup yang dipasang di lokasi kejadian.

Penelitian yang dijalankan berdasarkan CCTV tersebut mendapati ketika kejadian suspek yang merupakan abang tiri mangsa turut berada di lokasi kejadian.

Suspek dilihat leka melakukan sesuatu sambil melihat sahaja mangsa yang sedang lemas tanpa bertindak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan mangsa.

Siasatan juga mendapati bahawa mangsa maut sekitar jam 3 petang setelah lemas sebelum dibawa ke klinik dan kemudian dirujuk ke Hospital Serdang.



Perkembangan lain, jiran mangsa yang ingin dikenali sebagai Mira, abang tiri mangsa mempunyai masalah mental dan meminta video itu tidak diviralkan agar tidak menjadi fitnah.

Minta jasa baik semua, padamkan video arwah adik ini. Video ini disebarkan tanpa tahu kisah sebenar kerana ia mendatangkan fitnah, saya sendiri tak sanggup tengok video adik ini lemas.

Abang arwah adik ini memang tidak waras dan ada surat hospital. Abang arwah telah ditangkap polis. Mohon semua jangan tambahkan beban ibu bapa arwah lagi.

Abang perhati saja adik tiri lemas sakit mental – Jiran



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit



Musa Hassan kini suami Qistina

Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah



Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker