ND Lala bukan buang saya saja, anak-anak juga – Fauziah

ND Lala bukan buang saya saja, anak-anak juga – Fauziah

“DEMI Allah memang dah tak ada rasa cuma ralat dan terkilan sebab 34 tahun. Dia bukan saja buang kak Zie tapi dia buang anak-anak. Itu yang kak Zie paling sedih,” luah bekas isteri kepada penyanyi Datuk ND Lala, Fauziah Sarman.

Bukan mudah untuk Fauziah atau mesra disapa sebagai kak Zie untuk melupakan segala kenangan manis dan pahit selama 34 tahun bergelar suami isteri dengan penyanyi itu.



Bagaimanapun Fauziah ketika ditemu bual bersama program hiburan baru-baru ini mengakui dia sudah reda dengan takdir yang tertulis untuknya.

“Dah macam mayat berjalan masa itu… dah 34 tahun kan, nak lupa bukan mudah. Kak Zie pun macam tak tidur. Kita sayangkan suami kita, anak-anak kita dan kita dah berjuang berhabisan.

“Tapi Allah dah aturkan dan kak Zie reda. Sayang dan cinta dah tak. Marah sikit itu ada la, memaafkan pun tidak sebab kak Zie lebih kepada tak nak ambil tahu,” katanya.

Menurut Fauziah lagi, apa yang menyakitkan lagi apabila dia tidak dapat berkongsi perasaannya kepada orang lain disebabkan menjalani kehidupan dalam keluarga selebriti.



“Orang luar sebenarnya tak tahu apa yang berlaku dalam keluarga kak Zie. Yang memberatkan kak Zie, sampai kak Zie rasa sakit sebab kak Zie isteri artis dan anak kita pun artis.

“Kita tak boleh sewenang nak cerita dekat orang. Tahun lepas dia tak balik, dah dua kali raya la… yang menguatkan kak Zie anak-anak la,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Fauziah juga mendedahkan dia sudah mencuba pelbagai cara untuk berjumpa dengan bekas suaminya untuk memulihkan hubungan mereka namun gagal.

“Dah macam-macam cara kak Zie dah buat untuk berjumpa, melalui SMS untuk pulihkan hubungan kami tapi dia memang tak layan sampai tahap kak Zie dah penat berjuang seorang.



“Dia memang makin menjauh daripada kak Zie… kak Zie pun nak tahu juga bila tarikh tepat dia kahwin kan. Kak Zie sentiasa bersangka baik sebab budak ini kak Zie dah anggap macam anak.

“Dalam masa dia dah kahwin suami kita pun masih keluar pergi makan, berjalan dengan dia. Apa saja majlis, dia sentiasa ada. Kami tak tahu pun mereka dah kahwin, tak tahu macam mana mereka sorok, memang handal,” ujarnya.

Bagaimanpun Fauziah menegaskan dia tidak pernah menyalahkan mana-mana pihak kerana beranggapan kedua-dua mereka mengetahui apa yang dilakukan. Gempak

ND Lala bukan buang saya saja, anak-anak juga – Fauziah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit



Musa Hassan kini suami Qistina

Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah



Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker