Siap untuk kena saman

Saman pemandu berhenti di garisan putih, laluan pejalan kaki

Siap untuk kena saman

Tindakan terhadap pemandu kenderaan yang berhenti di garisan putih atau laluan pejalan kaki segera diambil apabila 209 saman dikeluarkan terhadap pesalah itu dalam Op Hormat Undang-Undang (HUU) Jalan Raya Polis Kuala Lumpur fasa dua, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, ia daripada keseluruhan 6,638 saman yang dikeluarkan.



“Kesalahan tertinggi direkodkan adalah halangan lalu lintas dengan 5,446 saman dikeluarkan.

“Kesalahan lain adalah tiada lesen memandu (95), tidak patuh lampu isyarat merah (51), nombor plat fancy (30) dan lain-lain (807).

“Seramai 11 individu turut ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk penyalahgunaan dadah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa rakaman video menunjukkan anggota JSPT menyaman kenderaan yang berhenti melebihi garisan putih dan di atas laluan pejalan kaki.



Mengulas lanjut, Sarifudin berkata, sebanyak 21 operasi dijalankan semalam membabitkan Op Mabuk; Op Motosikal; Op Perdagangan; Op Khas; Op Pelbagai; Op Halangan; Op Utama (telefon bimbit); Op Utama (Lampu Isyarat) dan Op Didik.

Katanya, operasi itu dijalankan dengan kekuatan 798 pegawai dan anggota.

Mana-mana individu yang disaman sepanjang operasi yang dijalankan sehingga 29 September ini tidak layak untuk mendapat tawaran pengurangan atau diskaun. HM

Siap untuk kena saman



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”



Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik

Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ



GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker