AGT 2023, anjing juara, Simon tetap bangga dengan Putri Ariani

AGT 2023, anjing juara, Simon tetap bangga dengan Putri Ariani

Penyanyi istimewa dari Indonesia, Putri Ariani yang disebut-sebut bakal bergelar juara program America’s Got Talent (AGT) musim ke-18, terpaksa berpuas hati selepas diumumkan pemenang tempat keempat dalam pertandingan akhir rancangan realiti terkenal itu.

Tampil menyanyikan lagu berjudul Run nyanyian asal Snow Patrol, duet bersama penyanyi, Leona Lewis, remaja cacat penglihatan itu terpaksa akur apabila tewas kepada peserta bernama Adrian Stoica bersama anjing kesayangannya, Hurricane.



Semasa pertandingan akhir AGT yang berlangsung di Pasadena Civic Auditorium, California, Amerika Syarikat, awal pagi tadi, persembahan penyanyi berusia 17 tahun itu berjaya membuatkan kesemua juri pertandingan, Simon Cowell, Sofia Vergara, Heidi Klum dan Howie Mandel memberikan tepukan ‘standing ovation’.

Biarpun tidak bergelar juara, Cowell yang daripada awal menggagumi bakat Ariani, tetap berasa bangga dengan persembahan yang dipamerkan gadis asal Riau, Indonesia itu.

“Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa awak merupakan seorang penyanyi luar biasa. Bagaimanapun, pada akhirnya ini merupakan satu pertandingan,” ujar Cowell.

Sementara itu, Lewis yang berduet bersama Ariani ketika pertandingan akhir yang berlangsung di Pasadena Civic Auditorium, California, Amerika Syarikat itu, turut berkongsi rasa bangga dan gembira apabila dapat menyanyi bersama dengan ‘bintang’ yang disifatkan cukup berbakat. K Online



AGT 2023, anjing juara, Simon tetap bangga dengan Putri Ariani

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10



Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu



Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker