PAS disaran tinggalkan PN dan perkasakan kerajaan Perpaduan

PAS tidak wajar membuang masa ‘menebuk atap’, mengeluarkan pelbagai fatwa memecahbelahkan orang Melayu.

PAS disaran tinggalkan PN dan perkasakan kerajaan Perpaduan

Seorang pemimpin Umno mencadangkan PAS meninggalkan Perikatan Nasional (PN) untuk bersama kerajaan perpaduan bagi memperkasa Islam.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi berkata PAS tidak wajar membuang masa “menebuk atap” dan menghukum orang lain dengan mengeluarkan pelbagai fatwa memecahbelahkan orang Melayu.



“PAS sepatutnya ‘moving forward’. Tinggalkan PN dan sertai kerajaan perpaduan. Berkongsi kuasa dan jadi pengimbang dalam kerajaan.

“Lebih baik duduk dalam kerajaan menstabilkan politik, membangun negara, menjayakan agenda Islam, Melayu, dan kesaksamaan rakyat,” katanya di Facebook.

Puad membalas kenyataan bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa yang kini menyertai PAS bahawa parti orang Melayu itu sudah tidak lagi relevan kerana rakyat masih mengekalkan sentimen ‘No Anwar, No DAP,’ dan kini ‘No Umno’ susulan keputusan PRN bulan lalu.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu turut mengajak ahli Umno menyertai PAS jika mahu meneruskan perjuangan agenda Melayu.



“Perjuangan apa? Apa pencapaian Annuar bila sudah masuk PAS?,” kata Puad.

Selepas PRU15, Umno menjadi sebahagian daripada anggota kerajaan perpaduan diketuai Anwar Ibrahim manakala PAS yang bersama Perikatan Nasional (PN) menolak cadangan dibuat Yang di-Pertuan Agong.

Penubuhan kerajaan perpaduan dicadangkan susulan situasi parlimen tergantung apabila tiada gabungan mendapat majoriti mudah untuk membentuk pentadbiran selepas pilihan raya umum November lalu. FMT

PAS disaran tinggalkan PN dan perkasakan kerajaan Perpaduan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”



Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik

Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ



GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker