Dokumen dirampas, Radzi menghadap SPRM minggu depan

Dokumen dirampas, Radzi menghadap SPRM minggu depan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas beberapa dokumen bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah projek bernilai RM80 juta membabitkan sebuah kementerian.

Menurut sumber, rampasan dokumen itu dibuat susulan penahanan bekas setiausaha politik bekas menteri kanan bagi siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.



“Individu terbabit bersama seorang lagi lelaki berusia 50-an yang juga pemilik sebuah syarikat bagaimanapun, dibebaskan hari ini selepas tidak disambung reman.

“Sementara itu, bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin akan dipanggil memberi keterangan berkaitan kes terbabit, minggu depan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan bekas setiausaha politik bekas menteri kanan antara dua ditahan SPRM kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bagi projek bernilai RM80 juta.

Lelaki berusia 20-an itu ditahan bersama seorang lagi lelaki ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.



Susulan itu, Radzi dalam satu kenyataan menafikan terbabit dalam sebarang dakwaan berkaitan siasatan rasuah ke atas satu projek rundingan terus percetakan buku terbabit.

Dokumen dirampas, Radzi menghadap SPRM minggu depan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”

Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik



Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ

GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker