Guru wajib panggil nama pilihan pelajar
Kakitangan sekolah akan dikehendaki memanggil pelajar di negeri Colorado, dengan nama pilihan mereka di bawah satu rang undang-undang (RUU) baharu, lapor portal berita Fox News semalam.
Rang undang-undang itu dikemukakan oleh Majlis Penasihat Belia Negeri, bulan lalu. Apabila diluluskan pada tahun hadapan, keengganan berbuat demikian dianggap satu bentuk diskriminasi terhadap pelajar.
“Memberi pelajar tempat seperti sekolah di mana mereka boleh hidup sebagai diri mereka sendiri. Saya fikir ia sangat penting,” kata seorang remaja, Meghan Taylor kepada portal berita Colorado Newsline.
Pelajar-pelajar daripada Majlis Penasihat Belia Colorado (COYAC) mengundi pada akhir Oktober lalu untuk menghantar tiga RUU mengenainya kepada Majlis Perundangan Negeri.
Dua daripada tiga RUU tersebut melibatkan identiti jantina dan yang ketiga memfokuskan pada peningkatan akses kepada sokongan kesihatan mental.
RUU pertukaran nama mewajibkan sekolah menggunakan nama pilihan pelajar di dalam kelas, aktiviti kokurikulum, buku tahunan, kad pengenalan pelajar dan banyak lagi tanpa memerlukan nama sebenar atau pertukaran jantina.
Pihak COYAC berhujah bahawa penggunaan nama sebenar pelajar dalam kelas dan sekolah mengundang penghinaan dalam kalangan remaja Colorado. – AGENSI
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Syed Saddiq, kifarah itu benar
- Misai harimau kena cabut, Perhilitan lapor polis
- Nestle, Starbucks alami kesan negatif boikot pengguna
- Pelajarku, suamiku
- ‘You touch, you go’ – Asyraf Wajdi
- Israel, AS pengganas terbesar dunia
- Fazura nafi kenyataan Neelofa
- Bersatu terus dibolosi gol sendiri
- Vaksin terbazir, bekas Ahli Parlimen minta KJ beri penjelasan
- Briged Al-Qassam musnahkan 136 kenderaan tentera Israel
- Gadis 15 tahun dirogol lapan lelaki bergilir-gilir
- Bolehkah jual produk Amerika Syarikat milik Yahudi?
- Ramai pilih GST berbanding SST – Tinjauan KPMG
- Bawa berbincang, jangan sombong – Anwar
- Syed Saddiq ahli politik pertama dikenakan sebatan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET