Akmal bidas Lian Ker, saya jaga rakyat bukan tauke besar

Akmal bidas Lian Ker, saya jaga rakyat bukan tauke besar

KETUA Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menempelak bekas Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker berhubung isu ‘ugutan’ membatalkan lesen pengilang beras sekiranya tidak mematuhi arahan kerajaan.

Dr Muhamad Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka menegaskan, kepentingan utama beliau adalah menjaga kebajikan rakyat dan bukannya menjaga kepentingan ‘tauke’ besar.



Beliau juga melihat kenyataan Lian Ker yang tidak senada dengannya itu sebagai tidak relevan dan kurang cerdik.

“Kalau tidak tahu apa isu sebenar dan keperitan rakyat di bawah, lebih baik diam dari bercakap. Nampak sangat kurang cerdiknya.

“Tanggungjawab saya menjaga kepentingan rakyat, bukan menjaga kepentingan ‘tauke’ besar. Saya tidak peduli,” katanya menerusi perkongsian dai Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Dr Muhamad Akmal menerjah operasi kilang beras dan memberi amaran kepada pengilang sekiranya gagal mematuhi arahan dikeluarkan kerajaan.



Lian Ker menyifatkan ugutan Dr Muhamad Akmal sebagai tindakan jelik dan tidak wajar dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu.

Malah, beliau berkata, tindakan itu mengingatkannya kepada pegawai Mandarin yang kejam sewaktu zaman Maharaja feudal.

Akmal bidas Lian Ker, saya jaga rakyat bukan tauke besar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10

Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’



Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker