Norhizam Baktee naik ‘sheikh’ lagi dalam Dun

Sebaran :

Norhizam Baktee naik ‘sheikh’ lagi dalam Dun

Ayer Keroh: Tindakan wakil pembangkang yang melakukan provokasi menerusi soalan tambahan mengenai kebajikan golongan nelayan, menyebabkan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) ‘naik darah’ di Sidang Dewan Undangan (Dun) Melaka, hari ini.

Norhizam yang juga Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Penternakan dan Koperasi negeri, dilihat tidak dapat menahan sabar selepas didesak Low Chee Leong (DAP- Kota Laksamana) yang bertanyakan mengenai kesan pembangunan Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) kepada nelayan di Pantai Kundur dan Kota Laksamana.

Ketika menjawab soalan berkenaan, Norhizam berkata, beliau amat prihatin serta mengambil berat soal berkaitan nelayan dan sebarang pembangunan kawasan pantai dan laut yang mempunyai kaitan rapat dengan golongan itu sudah pasti berada dalam pengetahuannya.

Berikutan keprihatinannya terhadap nelayan, beliau dengan bangga mengisytiharkan dirinya sebagai ‘Laksamana’ sebenar dan menyatakan jika pembangunan itu memberikan kesan buruk kepada nelayan, sudah pasti beliau akan bertindak tegas dan tidak sesekali akan bersetuju.

Jawapan itu bagaimanapun menyebabkan Low tidak berpuas hati, malah mendesak Norhizam secara bertalu-talu supaya laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dibentangkan segera.

Norhizam lantas bangun dengan memaklumkan belum menerima laporan itu dan tidak dapat membentangkannya di dewan.

Bagaimanapun, Low dilihat masih tidak berpuas hati, terus mengasak Norhizam dan menuduhnya sebagai pengkhianat dan penderhaka kepada Pakatan Harapan (PH).

Low berkata “You jadi EXCO tidak tahu apa’, sambil dibalas keras’ oleh Norhizam dengan meminta wakil DAP itu duduk.

Kedengaran perkataan kurang sopan daripada Norhizam dan Timbalan Speaker, Datuk Wira Ghazale Muhamad yang mempengerusikan persidangan, berkali-kali meminta kedua-duanya duduk, namun tidak diendahkan.

Beliau kemudian bangun meminta semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bertenang dan mengingatkan mereka supaya mengikut peraturan dewan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali kemudiannya mencelah dan meminta persidangan itu diteruskan demi menyelesaikan masalah rakyat.

Persidangan diteruskan semula dengan Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman menjawab soalan. HM

Norhizam Baktee naik ‘sheikh’ lagi dalam Dun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa


Sebaran :

Leave a Reply