KJ Gagal , Kes BID Masih Terlalu Tinggi

Oleh Nurul Aisyah

BARU-baru ini viral Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meluangkan masa selama kira-kira sejam mengadakan lawatan secara mengejut di Hospital Kajang.  Selang beberapa hari, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang pula membidas Khairy dan mahu beliau menjelaskan situasi buruk kes kematian yang direkodkan negara ketika ini.

“Khairy harus menjelaskan mengapa Malaysia mencatatkan angka kes kematian akibat Covid-19 terburuk dan juga angka kes kematian akibat Covid-19 yang dibawa ke hospital (BID) terburuk semalam sejak beliau mengangkat sumpah sebagai menteri kesihatan yang baharu pada 24 hari lalu pada 30 Ogos?



“Harapan untuk melihat Khairy menguruskan penularan wabak Covid-19 di negara ini dengan baik kian pudar, seperti yang berlaku sebelum ini.

“Meskipun tidak mengambil kira jumlah kematian akibat Covid-19 dan BID yang terburuk semalam, Malaysia masih diletakkan sebagai negara nombor satu di dunia untuk kategori ‘kematian per sejuta penduduk sepanjang tujuh hari lalu’,” katan Lim Kit Siang dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Malaysia merekodkan 487 kes kematian akibat Covid-19 termasuk 161 kes kematian akibat Covid-19 yang dibawa ke hospital (BID). Ini jumlah tertinggi yang pernah direkodkan untuk kedua-dua kategori sejak Khairy mengalas tanggungjawab sebagai menteri kesihatan.

Kita amat maklum Khairy sentiasa “win” dalam bab mengetengahkan diri beliau dalam media arus perdana dan media sosial. Namun perkara tersebut tidak menjamin kejayaan dalam mengalas tugas,



Kini KJ dilihat sebagai Menteri Kesihatan yang gagal. kes “brought in Dead” masih terlalu tinggi.  Sudah 18 hari beliau mengalas tugas sebagai menteri kesihatan. Mampukah KJ menunjukkan prestasi yg baik sebelum 100 hari memegang jawatan tersebut. Bolehkah beliau meloloskan diri dari stigma Menteri yang gagal?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker