Resepi Kek Sunquick Gebu Serius Sedap

Sebaran :

Resepi Kek Sunquick Gebu Serius Sedap

Perkongsian kek sunquick oleh Azlina Ina ini telah mendapat hampir 8 ribu perkongsian di laman sosial Facebook. Menurut Azlina Ina, kek ini adalah kek ‘veteran’ zaman dulu-dulu yang sentiada menajdi kegemaran ramai sehingga kini. Rasanya yang gebu pasti akan dapat memikat hati anda. Jom cuba!

Bahan-bahan:

300g margerin
1 cawan gula halus
2 sb kordial suinquick
6 biji telur
300g tepung naik sendiri

Cara-cara:

Satukan marjerin, gula halus dan kordial sunquick. Pukul sehingga gebu dan sebati.
Bila dah gebu, masukkan telur satu persatu sehingga habis. Pukul sebati.
Kemudian masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit. Pukul sehingga sebati.
Akhir sekali parutkan kulit sunquick, jangan sampai terkena yang putih. Masukkan ke dalam adunan tadi dan gaul-gaul.
Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 atau 9 yang sudah dilapik baking paper.
Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar kek pada suhu 170 celcius selama 45 minit sehingga 1 jam bergantung pada oven masing-masing.

Resepi Azlina Ina Fans

Resepi Kek Sunquick Gebu Serius Sedap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa


Sebaran :

Leave a Reply