‘Karen’ bikin kecoh di butik KLCC, enggan pakai pelitup muka

PETALING JAYA: Pengguna media sosial menyatakan kemarahan susulan tindakan seorang pengunjung luar negara yang enggan mengenakan pelitup muka ketika memasuki sebuah butik mewah di KLCC, Kuala Lumpur.

Wanita itu yang trending di Twitter dilabel sebagai “Karen”, bagi menggambarkan seseorang yang bersikap buruk, mementingkan diri, selain merasakan diri “istimewa” hanya kerana berkulit putih.

Dalam hantaran video oleh pengguna, @DFEfiercefun, memaparkan seorang wanita luar negara tidak dibenarkan masuk ke sebuah butik mewah, Dior, dengan tanda pagar “Karen” sudah mencapai jumlah 65,100 kali di Twitter.

Dalam video itu, wanita terbabit mendakwa menerima ugutan daripada seorang kakitangan bertugas di pintu masuk butik, dengan mendakwa dirinya disentuh, selain turut mendakwa ditolak.

Bagaimanapun, kakitangan berkenaan dalam video itu menafikannya.

“Anda tidak boleh menghentikan saya, ini negara bebas,” katanya merungut terhadap kakitangan terbabit, dengan menyindir,”anda tidak memiliki butik ini”.

Pengguna, @nawalbaswedan, berkata, “padahal 2 saat pakai mask (topeng) dah boleh shopping (membeli belah)…ni (ini) tidak..nak menyalak jugak,” katanya.

Pengguna lain, @SherynnWu, berkata, “Mungkin jenis perlukan perhatian. That’s why (Itulah sebabnya),” katanya.

Manakala, bagi pengguna lain, @aliceliam93, berkata, “Dtg (Datang) negara orang, buat perangai,” katanya.

Hantaran itu turut mendapat perhatian Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, yang berkata pihaknya sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pengurusan KLCC.

“Apabila berada di Rome, buatlah seperti orang Roman lakukan. Bila di Malaysia, sila pakai pelitup muka. Tanpa mengira peraturan di tempat lain,” katanya dalam ciapan.

‘Karen’ bikin kecoh di butik KLCC, enggan pakai pelitup muka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mohammed bin Salman didakwa bunuh Raja Abdullah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker