Bertengkar semasa goreng kentang, suami celup muka isteri dalam minyak panas

Sebaran :

Bertengkar semasa goreng kentang, suami celup muka isteri dalam minyak panas

Seorang lelaki di bandar Al Ramtha, Jordan, nekad mencelupkan muka isterinya ke dalam kuali yang berisi minyak mendidih gara-gara bertelagah semasa sedang menggoreng kentang.

Menurut Gulf News, insiden tersebut terbongkar selepas mangsa yang berusia 28 tahun itu mendedahkan perkara berkenaan kepada media tempatan.

“Suami saya telah menarik rambut saya di depan ketiga-tiga anak saya dan mencelupkan wajah saya ke dalam minyak mendidih, semasa saya cuba untuk melarikan diri, dia telah menyiramkannya ke tubuh saya,” ujar mangsa.



Mangsa turut menyatakan bahawa dia tidak tahu mengapa suaminya itu sanggup melakukan kekerasan tersebut di depan anak-anaknya.

“Malam sebelum kejadian, saya dan suami saya telah keluar untuk menziarahi keluarga saya. Tiada apa-apa masalah yang terjadi di antara kami,” jelas mangsa.

Mangsa menyatakan bahawa insiden penyiraman minyak panas itu terjadi pada waktu pagi ketika mereka berdua berjaga untuk menyiapkan sarapan.

“Saya bangun pada pukul 7.30 pagi dan mendapati dia sedang mengupas kentang. Saya bertanya kepadanya sama ada dia lapar atau tidak supaya saya boleh menyediakan sarapan untuknya,” jelasnya.



Mangsa kemudian berasa hairan apabila suaminya tiba-tiba menyediakan kuali besar berisi minyak panas walaupun dia belum selesai mengupas kentang tersebut.

Tambah mangsa, ketika dia hendak menukar kuali kepada kuali yang lebih kecil, suaminya tiba-tiba naik angin.

Dia menyatakan bahawa suaminya itu terus menarik rambutnya dan mencelupkan mukanya ke dalam minyak mendidih di hadapan anak-anaknya.

Mangsa sempat melarikan diri, namun suaminya itu mengekorinya sambil memegang minyak mendidih dan terus menyiramkan ke tubuhnya.



“Sampai sekarang, saya tidak tahu mengapa dia sanggup bertindak sedemikian meskipun kami telah berkahwin selama 15 tahun,” jelas mangsa.

Susulan daripada kejadian itu, suaminya dilaporkan telah ditahan sementara menunggu hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Bertengkar semasa goreng kentang, suami celup muka isteri dalam minyak panas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kekayaan Elon Musk kini RM1 trilion


Sebaran :

Leave a Reply