‘Hantu Kak Limah’ rasa bersalah dan terkilan?

‘Hantu Kak Limah’ rasa bersalah dan terkilan?

“Saya betul-betul rasa bersalah. Niat hati memang nak sangat hantar dia sampai ke ‘rumah’ abadinya. Saya dapat khabar sedih ini sekitar pukul 2.30 pagi menerusi rakan-rakan.

“Kemudian saya menelefon balu arwah dan juga krew produksi bagi membuat kepastian mengenai berita kematian itu. Saya ingin mengajak anak menemankan saya namun dia pula sedang hamil”.

Demikian luahan pelakon veteran, Delimawati yang dikenali dengan watak Hantu Kak Limah apabila mendapat perkhabaran sedih pemergian pengarah, Mamat Khalid pada tengah malam Sabtu.

Jelas Delimawati atau nama sebenarnya Delimawati Ismail, dia benar-benar rasa terkilan apatah lagi akrab dengan keluarga Allahyarham.

“Jenuh memikirkan siapa yang dapat menemankan saya ke Ipoh, Perak. Hendak memandu sendirian takut mengantuk pula dan berbahaya hendak bawa kereta dalam keadaan begitu.

“Manakala kebanyakkan rakan-rakan pula tinggal berjauhan. Pada mulanya saya rasa tidak sempat hendak ke Ipoh, Perak kerana arwah dikebumikan pada jam 11 pagi. Namun, saya terima berita arwah dikebumikan selepas waktu Zohor pula.

“Saya hanya dapat mengirimkan doa dari jauh saja. Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.Insya-Allah…saya akan ke Ipoh untuk bertemu Intan (balu arwah),” kata Delimawati.

Difahamkan, Allahyarham pengsan di restorannya, Sarang Art Hub di Tanjung Malim, Perak sebelum dikejarkan ke Hospital Slim River dan disahkan meninggal dunia.

Terdahulu Allahyarham pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan selepas mengalami sesak nafas pada Oktober 2019.

Pengarah hebat ini cukup disegani dan dihormati di arena perfileman tanah air dengan gaya pengarahan tersendiri.

Antara karyanya yang paling popular ialah Hantu Kak Limah, Zombie Kampung Pisang, Man Laksa, Rock Oo, Rock Bro, 16 Puasa, 17 Puasa, 18 Puasa Di Kampung Pisang dan banyak lagi.

‘Hantu Kak Limah’ rasa bersalah dan terkilan?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kau ini apa pun tak faham, kata Najib pada Hanipa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker