Najib jawab rungutan Mahathir

Najib jawab rungutan Mahathir

Layanan berbeza apa?

Saya mohon melalui mahkamah. Bukan minta pada kerajaan.



Saya bukan mohon pada Peguam Negara yang dilantik korang untuk gugurkan kes selepas perbicaraan bermula seperti kes banglo Guan Eng.

Saya mohon pasport sementara dari mahkamah. Saya bukan mohon peguam negara tarik balik pendakwaan seperti Guan Eng.

Bukan saya yang sengaja tarik balik tuntutan dalam mahkamah beberapa hari sebelum perbicaraan bermula sehingga kita hilang Pulau Batu Puteh buat selama-lamanya sebab tempoh diberi untuk semakan sudah tamat.

Sengaja mengaku kalah sebelum turun ke gelanggang.



Saya mohon dapat pasport ke Singapura secara sementara.

Saya bukah hadiahkan Pulau ke Singapura secara kekal.

Itulah layanan berbeza masa kamu PM7. Atok nampak tak?

Saya cuma mohon mahkamah untuk dapatkan semula pasport saya secara sementara supaya saya boleh lawat anak saya yang bersalin di Singapura.



Sebab anak saya yang ikut suaminya yang berniaga di Singapura dihalang untuk kembali ke Malaysia semasa hamil akibat peraturan-peraturan serta larangan rentas negara semasa pandemik.

Yang benarkan pelepasan ke Singapura pada saya adalah Mahkamah Rayuan dengan keputusan sebulat suara ketiga-tiga hakim.

Melalui proses mahkamah. Bukan kerajaan yang benarkan.

Jika Atok tak puas hati, boleh lah kecam hakim-hakim mahkamah rayuan yang berpengalaman.



Buatlah sidang media untuk kecam hakim-hakim, kita nak.

Mereka bukan lah hakim sivil baru dilantik tanpa sebarang pengalaman kes jenayah yang tiba-tiba ditukar ke mahkamah jenayah untuk gantikan hakim bagi kes SRC saya selepas perbicaraan bermula.

Seperti dihujah barisan peguam saya semasa rayuan mahkamah, ini adalah pertama kali dalam dunia di mana kes jenayah paling high profile dihakim oleh hakim tanpa sebarang pengalaman jenayah.

Diganti secara tiba-tiba pula selepas perbicaraan bermula.



Sehingga Tommy tulis dalam buku dia bahawa dia gembira bahawa hakim saya diganti.

Sehingga berlakunya 307 kekhilafan dalam keputusannya semasa jatuhkan hukuman terhadap saya.

“Najib kemuka 307 alasan rayuan sabitan, hukuman kes SRC”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/760917/najib-kemuka-307-alasan-rayuan-sabitan-hukuman-kes-src

Inilah layanan berbeza pada saya semasa Atok jadi PM7.



Apa komen Atok tentang layanan ini pula?
https://www.facebook.com/221096761346/posts/10158301570691347/?d=n

NAJIB RAZAK

Najib jawab rungutan Mahathir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kau ini apa pun tak faham, kata Najib pada Hanipa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker