Pasport Shafee dikembalikan oleh mahkamah

Mahkamah hari ini setuju untuk memulangkan sementara pasport milik Muhammad Shafee Abdullah agar peguam itu dapat ke New York, Amerika Syarikat bagi menguruskan anaknya yang menyambung pengajian di sana.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Muhammad Jamil Hussin hari ini membenarkan permohonan itu dan memulangkan pasport Shafee bermula hari ini hingga 3 Disember ini.

Keputusan itu setelah tiada bantahan dibangkitkan timbalan pendakwa raya S Nithia.

Terdahulu, Shafee menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sebahgai sebahagian daripada syarat ikat jamin bagi perbicaraan pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM9.5 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri Najib Razak.

Terbaru, mahkamah turut setuju untuk memulangkan sementara pasport Najib, isterinya Rosmah Mansor dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Pasport Shafee dikembalikan oleh mahkamah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Rundingan PAS, UMNO, Bersatu bagi PRN Melaka sedang berjalan’ – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker