Idris Haron tersepit tidak tahu mahu menagih parti mana

Sebaran :

MELAKA: Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron belum memuktamadkan keputusan, berkenaan komponen mana dalam Pakatan Harapan (PH) yang akan disertainya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan.

setakat kelmarin, belum ada penyerahan dokumen dibuat kepada mana-mana pihak, meskipun telah berjumpa ramai pemimpin politik.

“Belum ada serahan dokumen lagi. Pemimpin parti yang ditemui juga memahami kesukaran kami ketika ini dan mereka menyokong usaha untuk terus maju ke hadapan.

“Mereka juga menasihati untuk tidak terburu-buru dalam membuat keputusan,” katanya.



Isu pencalonan empat ADUN kerajaan yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri menjadi tanda tanya, selepas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menolak ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon PRN Melaka.

Kedudukan Idris bersama ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad tidak dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan, kerana mereka bukan ahli mana-mana komponen PH.

Sementara itu, Idris sekali lagi menegaskan, beliau tidak akan bertanding di Sungai Udang kerana mahu melihat calon tempatan mengisi kekosongan tersebut.

“Pendirian saya jelas kerana mahu melihat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang diisi oleh anak jati kawasan itu.



“Saya akan pilih kawasan lain untuk bertanding sekiranya ia tidak menjadi masalah. Lagi pun melihat keadaan sekarang, mana mungkin saya boleh terlalu memilih kerusi pada PRN kali ini,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Idris Haron tersepit tidak tahu mahu menagih parti mana


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




UMNO Perlu Seiring Dan Tidak Ada Pilihan Lain Jayakan Kerajaan Hari Ini


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *