UMNO Perlu Seiring Dan Tidak Ada Pilihan Lain Jayakan Kerajaan Hari Ini

Sebaran :

UMNO Perlu Seiring Dan Tidak Ada Pilihan Lain Jayakan Kerajaan Hari Ini

UMNO tidak ada pilihan lain melainkan dan memastikan kerajaan hari ini adalah kerajaan yang berjaya dan jika sebaliknya ia akan menjadi kerajaan gagal 2.0.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata jika keadaan itu berlaku sudah pasti yang akan rugi adalah parti UMNO itu sendiri kerana para pengundi akan melihat secara keseluruhan dan bukannya peringkat-peringkat tertentu sahaja.

“Kalau hendak buka buku lama, seorang lagi buka buku ini dan seorang lagi buka lain maka tidak tidak akan selesai. Dan perkara ini disebut dan dikeluarkan sendiri oleh kepimpinan parti…. ‘buang yang keruh ambil yang jernih’ dan tidak payah buka buku lama,” katanya.



Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Kuala Krau bagi tahun 2021.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau Datuk Rizuan Jaafar, Ketua Pemuda UMNO Negeri Mohd Farid Noor, Kepimpinan Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Krau serta kepimpinan empat peringkat cawangan UMNO Bahagian Kuala Krau.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia mengharapkan kerajaan hari ini akan terus berjaya dalam usaha membantu rakyat dan seterusnya mentadbir negara.

“Malah Timbalan Presiden UMNO menyatakan soal yang sama iaitu UMNO tidak ada pilihan lain melainkan dan memastikan kerajaan hari ini adalah kerajaan yang berjaya. Insya Allah …sepertimana yang diperkatakan buang yang keruh dan ambil yang jernih dan kita sama-sama terus perkasakan UMNO,” Ujarnya. Umno Online



UMNO Perlu Seiring Dan Tidak Ada Pilihan Lain Jayakan Kerajaan Hari Ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat


Sebaran :

Leave a Reply