Al-Quran dibakar, polis siasat kejadian

Al-Quran dibakar, polis siasat kejadian

Polis menyiasat kejadian senaskah al-Quran yang dibakar dan dijumpai di Tasik Taman Sri Impian, Kluang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang Low Hang Seng mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang menjumpai senaskah al-Quran yang dibakar dan hanya tinggal cebisan ayat sahaja ketika sedang bersenam di tasik berkenaan, pada 8.48 pagi.

“Pihak polis sedang giat menjalankan siasatan kes ini dari pelbagai sudut dan menasihatkan orang ramai untuk tidak mensensasikan atau membuat sebarang spekulasi, agar tidak menimbulkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, menurut laporan Bernama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh melaporkannya di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerusi talian 07-7784 222. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Al-Quran dibakar, polis siasat kejadian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker