Suami Ain Edruce blur, malas layan perangai pelik isteri

Suami Ain Edruce blur, malas layan perangai pelik isteri

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce telah mencuri perhatian netizen apabila telah berkongsikan video terbaru di Instagram baru ini.

Melihat perkongsian yang dibuat oleh Ain di aplikasi berkenaan, dia telah berkongsikan video membuat “challenge” bersama suami Amirul sambil mendukung anaknya Soraya, 11 bulan pada ketika itu.

Ain yang sering melalukan perkara “gila-gila” kerana membuat video cabaran ini telah menimbulkan pelbagai reaksi pengikutnya di media sosial, selain kecaman malah ada juga yang terhibur melihat gelagatnya yang tidak kering gusi.

Meskipun begitu, Ain menyedari bahawa suaminya seperti kurang gemar dengan apa yang dilakukan olehnya kerana melihat reaksi Amirul yang seakan-akan “blur”.

“Kenapa eh aku dapat rasakan perangai soraya dan amirul sama. Aku macam sorang je disini yang seronok, tak apa lah,” tulisnya.

Menjengah diruangan komen, rata-rata pengikutnya telah terhibur melihat gelagat mereka sekeluarga malah, bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh Ain tersebut.

“Muka mirul macam, buat la apa saja isteriku asalkan dirimu bahagia

“Yang belakang tu macam terpaksa ja

“Anak dan ayah tak boleh fikir, tengok maknya asyik masuk air je

“Nampak Mirul macam terpaksa,” tulis pengikutnya di media sosial. Wy

Suami Ain Edruce blur, malas layan perangai pelik isteri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ieda Moin rimas jadi tempat pelepas nafsu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker