PH Melaka tak bertanggungjawab cetus krisis – Ahli Parlimen PKR

PH Melaka tak bertanggungjawab cetus krisis – Ahli Parlimen PKR

Seorang Ahli Parlimen PKR menyalahkan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) Melaka yang disifatkan sebagai “oportunis dan tidak bertanggungjawab” sehingga mencetuskan krisis di negeri itu ketika ini.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, sejak awal lagi beliau tidak bersetuju dengan sikap PH Melaka sehingga mengheret krisis berkenaan kepada pembubaran DUN dan pilihan raya negeri (PRN).

Katanya, kepimpinan pusat PH juga dilihat gagal menangani krisis dan memimpin dengan baik.

“Sejak awal krisis bermula, saya tidak bersetuju dengan sikap PH Melaka yang oportunis dan tidak bertanggungjawab sehingga mengheret krisis itu kepada pembubaran DUN Melaka dan PRN.

“Saya berpandangan PH pusat juga gagal menangani krisis ini dengan baik dan gagal memberikan panduan dan pimpinan yang betul.

“Sekarang apa yang jadi di Melaka adalah satu “fiasco” kepada PH Melaka dan PH secara keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Melaka diadakan pada 20 Nov dengan tarikh pengundian awal 16 Nov, manakala hari penamaan calon pula ditetpkan pada 8 Nov.

DUN Melaka dibubarkan pada 5 Okt selepas empat ADUN termasuk bekas Ketua Menteri, Idris Haron menarik balik sokongan terhadap Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali yang menyebabkan kerajaan negeri pimpinannya hilang sokongan majoriti.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi. Kerajaan negeri terdahulu mempunyai 17 kerusi dan 11 lagi milik pembangkang. FMT

PH Melaka tak bertanggungjawab cetus krisis – Ahli Parlimen PKR


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


3 pemimpin Umno konsensus pilih calon

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker