Jangan cemas lihat pesawat pejuang terbang rendah Khamis ini

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan tidak cemas dan bimbang dengan kelibat dan bunyi enjin pesawat pejuang yang terbang rendah di ruang udara Lembah Klang mulai Isnin hingga Khamis ini.

Kementerian Pertahanan (Kementah) dalam kenyataan semalam memaklumkan pesawat itu terlibat latihan penerbangan membabitkan formasi-formasi penerbangan rendah serta taktikal sempena acara sambutan 50 Tahun Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA), Khamis ini.

“Pada tahun ini, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi acara sambutan 50 Tahun FPDA dan Mesyuarat Menteri Pertahanan FPDA ke-11 pada 21 Okt di Kuala Lumpur.

“Sambutan ini juga akan diraikan dengan satu acara terbang lintas melibatkan pesawat pejuang negara-negara anggota FPDA yang akan berlangsung pada 5.45 petang hari yang sama di Pangkalan Udara Subang,” menurut kenyataan itu.

Jangan cemas lihat pesawat pejuang terbang rendah Khamis ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Anak Pengasas Microsoft Bill Gates Kahwini Dengan Pemuda Muslim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker