Nelydia sentuh Fattah Amin, kau panas ke?

Nelydia sentuh Fattah Amin, kau panas ke?

Aksi aktres Nelydia Senrose yang menyentuh lengan aktor, Fattah Amin ketika bergambar bagi mempromosikan drama terbaharu mereka membuatkan ramai peminat mereka merasa tidak senang.

Nampak biasa, namun rua­ngan komen sebuah perkongsian Instagram pelakon popular Fasha Sandha sejak semalam dihujani komen yang tidak bersetuju dengan aksi Nelydia memegang lengan Fattah.

Fattah, Nelydia dan Fasha bergandingan dalam drama bersiri terbaharu berjudul Khilaf Asmara.

Dalam hantaran tersebut, Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 27, dilihat berdiri rapat, manakala tangannya seperti merangkul lengan serta bahu suami Nur Fazura itu.

Seperti tidak ‘merestui’ kemesraan yang ditampilkan Nelydia, pantas mengundang banyak teguran daripada netizen bahkan ada mempersoalkan kewajaran Nelydia yang sudah bergelar isteri orang bergambar dengan aksi sebegitu.

“Ingatkan Nelydia rangkul lengan Fattah tetapi memang perlu bergambar bersentuhan? Keliru sebab selama ini Fattah tak pernah bergambar macam itu,” komen seorang netizen.

Selain itu, ada juga netizen menyebut nama Fazura dan sengaja mempersoalkan adakah pelakon Dendam Pontianak itu tidak berasa cemburu selepas melihat foto tersebut.

“Aik, tak marah ke isteri dia. Fazura tidak cemburu ke?” soal seorang lagi pengguna Instagram.

Tidak hanya prihatin dengan perasaan Fazura, seorang netizen turut mempersoalkan sikap Fattah yang masih menerima tawaran berlakon watak sedemikian (diapit dua wanita).

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang menasihatkan agar tidak mencetuskan provokasi atau sengaja melaga-lagakan para pelakon hanya disebabkan foto sedemikian.

Menurut mereka, setiap individu bernama anak seni sudah faham tuntutan sebagai pelakon, apatah lagi Fattah tidak pernah menyuarakan soal batasan atau kekangan dengan pelakon wanita dalam kariernya. K Online

Nelydia sentuh Fattah Amin, kau panas ke?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Khairy mengaku guna 4 jin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker