Onn Hafiz, Rozi dilantik pengerusi jawatankuasa BN Johor, Terengganu

Onn Hafiz, Rozi dilantik pengerusi jawatankuasa BN Johor, Terengganu

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi dan Ketua Umno Terengganu Rozi Mamat masing-masing dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Johor dan Terengganu.

Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir dalam kenyataan memaklumkan perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam.



Pada 7 Dis lepas, Onn Hafiz dan Rozi masing-masing dilantik sebagai Ketua Umno Johor dan Terengganu.

Pada masa sama, Zambry berkata, Dewan Tertinggi BN juga bersetuju sebuah jawatankuasa khas dibentuk bagi menyelaras semua program sempena Ulang Tahun Jubli Emas BN yang bakal disambut pada Jun ini.

Beliau berkata, BN turut merafak sembah tahniah kepada Sultan Ibrahim yang dimasyhur sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas.

“Semoga pemerintahan Kebawah Duli Tuanku akan membawa Malaysia ke arah (masa depan yang lebih) makmur dan sejahtera.



“BN turut menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan sebagai Agong ke-16,” katanya. FMT

Onn Hafiz, Rozi dilantik pengerusi jawatankuasa BN Johor, Terengganu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?

Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”



Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker