Naib Pengerusi DAP Perak Dr. Aziz Bari tidak berganjak bidas PKR Perak

IPOH: Ketua Pembangkang Perak, Dr. Abdul Aziz Bari menegaskan sudah berbincang dengan kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) mengenai hasratnya bertanding di Parlimen Tambun dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Abdul Aziz yang juga Naib Pengerusi DAP Perak berkata, tidak timbul isu kenyataan secara terbuka beliau mengelirukan pengundi dan penyokong PH seperti didakwa Timbalan Pengerusi PKR Perak, Datuk MA Tinagaran.

Beliau berkata, malah Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) PKR sudah mengetahui minatnya untuk bertanding di Parlimen Tambun.

“Sebenarnya saya sudah berbincang dengan pimpinan tertinggi PH mengenai minat bertanding di Tambun, malah JPRP PKT pun sudah tahu me­ngenainya.

“Saya mula turun padang (di Tambun) sejak Ogos 2020, iaitu selepas saya dilantik Ketua Pembangkang DUN Perak. Cuma gerak kerja terganggu disebabkan Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan prosedur operasi standard (SOP) semasa Covid-19.

“Setahu saya kerusi Parlimen diputuskan oleh pimpinan Pusat PKR dan bukan negeri.

“Jadi, elok Tinagaran fokus kepada kerusi negeri supaya PH dapat bentuk kerajaan selepas PRU-15,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Abdul Aziz, beliau sebagai Ketua Pembangkang akan membantu PKR yang kini hanya ada empat kerusi dalam DUN Perak.

Katanya, perkara itu yang sepatutnya menjadi tumpuan Tinagaran.

“PKR perlu bekerja kuat bersama Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP kerana bilangan kerusi yang bertambah dalam senario politik pasca Langkah Sheraton. Jangan buang masa hal-hal yang tidak penting,” katanya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Abdul Aziz mahu bertanding di Parlimen Tambun dalam PRU-15.

Perkara itu mendapat reaksi negatif daripada PKR Perak apabila Tinagaran berkata, rundingan mengenai kerusi PRU-15 dalam komponen PH perlu dibincangkan secara dalaman bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengundi dan penyokong.

Dalam satu laporan media Tinagaran dipetik sebagai berkata, keputusan untuk meletakkan calon di kerusi tertentu tertakluk kepada pimpinan tertinggi parti.

Naib Pengerusi DAP Perak Dr. Aziz Bari tidak berganjak bidas PKR Perak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pertembungan heavyweight di Parlimen Tambun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker