Tular surat aduan Shahidan langgar disiplin parti

Tular surat aduan Shahidan langgar disiplin parti

Sepucuk surat mengenai aduan pelanggaran disiplin parti oleh Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika Majlis Perasmian Berkelompok Mesyuarat Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Arau, tular pada Rabu.

Dalam surat itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Arau, Syed Atif Syed Abu Bakar menggesa tindakan dan pengajaran tegas diambil terhadap Shahidan.

“Beliau telah membuat ucapan yang jelas bertentangan dengan keputusan parti semasa majlis tersebut.

“Selain itu, beliau juga mengibarkan bendera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama-sama bendera UMNO sebagai hiasan di ruang majlis perasmian,” katanya melalui surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bertarikh 18 Oktober 2021.

Syed Atif berkata, aduan secara asasnya dibuat bagi mengelakkan kekeliruan berterusan dalam kalangan ahli-ahli pimpinan pelbagai peringkat khususnya di bahagian Arau dan negeri Perlis.

“Demi menjaga nama baik dan maruah parti serta mengelakkan masalah perpecahan yang serius pada masa hadapan, diharapkan aduan ini dapat diberi perhatian sewajarnya agar tindakan dan pengajaran yang tegas tanpa memilih bulu dapat diambil,” tegasnya.

Sementara itu, Sinar Harian sudah menghubungi Ahmad Maslan berhubung isu tersebut, namun masih belum menerima sebarang pengesahan.-SH

Tular surat aduan Shahidan langgar disiplin parti


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buaya Sambar Budak 8 Tahun Maut Ketika Mandi Bersama Rakan

60 peratus wanita Singapura kurang nafsu seks

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker