Buaya seberat 300kg ditangkap di parit awam

Buaya seberat 300kg ditangkap di parit awam

LAHAD DATU: Seekor buaya tembaga sepanjang lebih tiga meter dan berat 300 kilogram ditangkap selepas terperangkap di dalam saluran parit, di pusat peranginan Felda Residence, Wilayah Sahabat berhampiran pantai, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.25 malam itu, pihak pengurusan pusat peranginan berkenaan yang menyedari kehadiran buaya berkenaan terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lahad Datu untuk mendapatkan bantuan.

“Pasukan operasi terpaksa menggunakan jerst perangkap tali untuk mengeluarkan buaya itu dari dalam parit di pusat peranginan berkenaan.

“Usaha itu akhirnya berjaya pada jam 2.11 pagi dan pihak APM terus menghubungi Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk proses penyerahan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut, buaya berkenaan adalah jenis buaya tembaga dengan berat mencecah 300 kilogram.

Katanya, panjang buaya berkenaan adalah 3.2 meter dengan ukur lilit badan melebihi satu meter.

“Buaya berkenaan diserahkan kepada JHL untuk tindakan selanjutnya pada jam 2.30 petang,” katanya. BH

Buaya seberat 300kg ditangkap di parit awam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ieda Moin rimas jadi tempat pelepas nafsu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker