Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya

Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya

Pengakuan pelakon dan selebriti, Raja Farah Raja Aziz, 34, yang mendakwa dirinya diaibkan menerusi perkongsian seorang pelakon lelaki baru-baru ini telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Terkesan dan bersimpati, warganet meluahkan pandangan dan rasa kesal dengan tindakan pelakon lelaki berkenaan yang secara terbuka menceritakan pengalaman melakonkan babak rogol bersama Raja Farah.

Pada masa yang sama, ramai pengguna Instagram (IG) yang memuji sikap suami pelakon Raja Farah yang tenang dalam berdepan isu tersebut.

Antaranya adalah pengguna IG, NabilaZulasmin yang menyifatkan suami Raja Farah sebagai profesional dalam memberikan responsnya berkenaan perkara itu.

“Saya suka bagaimana suaminya lebih awal bercakap soal kehormatannya (Raja Farah) dan kemudian beralih tentang perasaannya sebagai suami.

“Betul, tak perlu untuk cerita semua itu. Buat malu dengar,” tulisnya di ruangan komen.

Dalam pada itu, pengguna IG hanies_m pula memberitahu turut terkesan dan masa yang sama memuji cara yang diambil pasangan suami isteri itu untuk menangani perkara tersebut.

“Saya suka dan menghormati cara anda dan suami anda mengendalikan isu panas ini. Bagi saya, bercerita secara terbuka tentang rogol bukan sebab nak bagi kesedaran, tetapi cakap pasal suka, ia tidak sihat dan saya tidak okay.

“Saya khuatir, apa akan berlaku kanak-kanak lain tengok dan dengar, dan ikut berjenaka pasal rogol.

“Bagi saya, diharapkan kerajaan akan ambil tindakan terhadap pelakon itu, hos dan yang lain-lain. Ada pengajarannya untuk semua untuk tidak berjenaka tentang rogol. Dan tolong, hormati kami, wanita, ibu, isteri, kakak, adik perempuan, anak perempuan,” tulisnya panjang lebar.

Baru-baru ini pelakon, Fauzi Nawawi mengundang kecaman setelah secara terbuka menceritakan pengalaman melakonkan babak rogol bersama Raja Farah ketika membintangi filem Anak Halal satu ketika dahulu.

Pendedahan itu dibuat Fauzi ketika menjadi salah seorang tetamu undangan program Rumah 107 yang ditayangkan baru-baru ini di saluran Astro Warna.

Terkesan dengan perkara itu, Raja Farah bersama suaminya pada semalam tampil menerusi IG, meluahkan kekesalan dan kekecewaan dengan tindakan Fauzi yang telah mengaibkan dan mencalar kehormatan pelakon berkenaan. Utusan

Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker