Isteri murung terjun Sungai Perak

Isteri murung terjun Sungai Perak

TELUK INTAN – Seorang wanita yang mengalami masalah kemurungan dilaporkan hilang selepas dipercayai terjun ke dalam Su­ngai Perak berhampiran Jeti Durian Sebatang di sini kelmarin.

Perkara itu terbongkar berikutan penemuan kereta wanita tersebut berdekatan lokasi kejadian pada pukul 4.30 petang.



Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada suami mangsa.

Menurut beliau, lelaki berusia 55 tahun itu mengesyaki isteri­nya terjun ke dalam Sungai Perak.

“Berdasarkan maklumat suami­ mangsa, isterinya yang berusia 49 tahun disedari hilang selepas tiada di rumah pada pukul 9 pagi hari yang sama.

“Lelaki itu cuba meng­hubungi isterinya, namun panggilan te­lefon tidak dijawab. Suami mang­sa kemudian menjumpai kereta jenis Nissan Almera yang di­tinggalkan di tepi Sungai Pe­rak,” katanya ketika dihubungi semalam.



Ahmad Adnan memberitahu, suami wanita itu membuka kereta­ menggunakan kunci pendua dan menjumpai kad pengenalan serta dompet milik isterinya.

Tambah beliau lagi, suami mangsa mengesyaki isterinya terjun ke dalam Sungai Perak sebelum membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

“Kita dimaklumkan oleh lelaki itu bahawa isterinya me­ngalami kemurungan dan enggan bercakap sejak seminggu lalu,” ­katanya.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa mula digerakkan pada pukul 8 pagi semalam membabitkan pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Ang­katan Pertahanan Awam.



Setakat petang semalam, operasi mencari dan menyelamat wanita tersebut masih diteruskan di sekitar Sungai Perak. K Online

Isteri murung terjun Sungai Perak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker