Mesyuarat Khas MKT UMNO malam ini: Tanding solo atau ada kerjasama parti lain?

Mesyuarat Khas MKT UMNO malam ini: Tanding solo atau ada kerjasama parti lain?

Satu mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO difahamkan akan diadakan pada malam ini.

Menurut sumber dalaman parti itu, mesyuarat tersebut diadakan bagi membincang dan membuat keputusan sama ada UMNO akan bertanding bersendirian atau melakukan kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan.

Semalam Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam sidang akhbar di Seremban memaklumkan, Mesyuarat Khas MKT UMNO akan dibuat dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara tersebut.

Jelas beliau, Biro Politik UMNO akan terlebih dahulu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut sebelum syor diberi dalam mesyuarat khas MKT itu untuk dibuat keputusan mengenainya.

“Kami akan bincang syor biro politik dan pandangan-pandangan lain akan dibincang dengan teliti, kerana mesyuarat khas ini satu agenda sahaja, jadi kita tidak ambil banyak masa untuk bincang.

“Jadi apa juga keputusan akan diputuskan dalam mesyuarat tersebut, saya yakin presiden akan buat kenyataan, setakat hari ini, tiada keputusan apa-apa, orang boleh bayangkan apa-apa tapi biarlah UMNO buat keputusan,” katanya.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Taklimat dan Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-Cawangan Tahun 2021, UMNO Bahagian Rembau di Seremban semalam. Utusan

Mesyuarat Khas MKT UMNO malam ini: Tanding solo atau ada kerjasama parti lain?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker