Lisdawati dihamun kerana “play victim”

Lisdawati dihamun kerana “play victim”

Setelah beberapa hari isu kontroversi melibatkan pelakon Fauzi Nawawi dilihat masih lagi belum reda, kini isterinya, Lisdawati tampil bersuara mengenai insiden yang telah menimpa suami dan keluarganya kini.

Difahamkan, Lisdawati yang berdiam diri buat seketika, akhirnya telah mengambil keputusan untuk bersuara setelah menerima impak besar kesan daripada kontroversi yang melanda suaminya hingga dipercayai menjejaskan emosinya.



Lisdawati yang telah memberikan komen menerusi hantaran suaminya di Instagram baru ini dan mengharapkan suaminya tabah mengharungi dugaan yang menimpanya kini.

Menurut Lisdawati, dia juga antara individu yang terpalit dengan kontroversi panas ini apabila mendakwa ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah memberikan kecaman dan penghinaan terhadap keluarganya berikutan insiden ini.

Kesan daripada insiden ini, dia telah mengambil keputusan untuk tidak memaafkan individu yang menghinanya itu meskipun permohonan maaf sudah pun dilakukan.

Lisdawati mendakwa, dia sukar untuk memaafkan individu terbabit kerana memerlukan waktu untuk dirinya tenang buat seketika bagi memulihkan hatinya yang terluka.



“Saya sayang kamu. Kerana Allah SWT masih sayang.

“Tetapi saya juga manusia biasa, belum mampu maafkan mereka yang mengeji, mengutuk, memaki saya dan keluarga sehingga mereka datang meminta maaf pada saya,” luah Lisdawati.

Menerusi hantaran berbeza, Fauzi Nawawi mengakui kesilapan yang dilakukannya dan menyesali akan keterlanjuran dalam pertuturan katanya sebelum ini.

Fauzi juga menegaskan bahawa setiap kejadian yang menimpa pada dirinya kini, adalah salah satu asbab untuk menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang.



“Semoga bermanfaat untuk diri sendiri dan semua yang pernah melakukan kesilapan. Memang kita tidak baik tetapi sentiasa baiki diri dan kesilapan

“Ada Hikmah disetiap perkara yang berlaku Insyaallah, hari ini akan lebih baik dari hari-hari sebelumnya,” perkongsian Fauzi Nawawi. Wy

Lisdawati dihamun kerana “play victim”


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker