Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela

Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong mendedahkan beliau mempunyai pengalaman berdepan dengan seorang jurulatih menjadikan lucah sebagai bahan lawak.

Menerusi perkongsian di Twitter, Pandelela berkata, beliau malah dibuli oleh seorang jurulatih selepas menegur sikap individu berkenaan yang sering membuat lawak berbaur lucah.

Jelas pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu, setiap kali jurulatih itu membuat lawak sedemikian, beliau hanya mendiamkan diri atau pura-pura ketawa kerana bimbang dan berasa takut.

“Dulu saya ada seorang coach (jurulatih) yang suka buat lawak lucah. Saya buat diam je, tak pun ‘fake laugh’ sebab takut dengan dia. Pernah sekali tak tahan, saya tegur dia tapi kena buli balik. Tujuh tahun kemudian dia terlibat dengan kes rogol.

“Paling sedih, dalam tujuh tahun itu dia akan buat hal setiap tahun. Kami atlet tak boleh buat apa sebab ‘backup’ besar dia adalah ketua jurulatih kami sendiri,” katanya.

Justeru, beliau berpandangan dalam arena sukan ini, ketua yang baik adalah yang boleh memperbetulkan kesalahan bukan menutup kejahilan diperlukan.

“Kepada yang menjadi mangsa kes ini, bersuaralah! Suara kecil anda amat diperlukan sekiranya kita bersama-sama berjuang dalam menghentikan isu ini.

“Bagaimanapun, kami bernasib baik dilindungi persatuan. Apa-apa pun, cerita ini berakhir dengan pengakhiran yang menggembirakan,” jelasnya.

Sejak semalam isu lawak rogol semakin hangat diperkatakan susulan tular video memaparkan pelakon tempatan, Fauzi Nawawi menceritakan kembali babak rogol dalam lakonan bersama pelakon Raja Farah dalam sebuah rancangan televisyen.

Menyedari tindakannya menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak, pelakon tersebut telah membuat permohonan maaf terhadap Raja Farah, suami dan keluarganya. FMT

Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker