Tragedi kepala air: Dua lagi mayat ditemui

Tragedi kepala air: Dua lagi mayat ditemui

KEMAMAN – Dua mayat mangsa tragedi kepala air Jeram Mawar, Air Putih dekat sini berjaya ditemui setakat ini sebentar tadi.

Mayat Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dipercayai ditemui pasukan mencari dan menyelamat di sektor kedua iaitu berhampiran Sungai Teladas di sini pada pukul 11.05 pagi.



Seorang lagi mayat kanak-kanak perempuan pula dipercayai dijumpai tidak jauh dari lokasi penemuan Muhammad Haziq Ziqree pada 11.25 pagi.

Begitupun, identiti mayat masih belum dikenal pasti sama ada Puteri Aryana Umairah, 4, atau Puteri Nurerina Natasya, 10.

Jarak penemuan kedua-dua mayat dengan lokasi kejadian dianggarkan lebih 15 kilometer.

Usaha untuk membawa keluar kedua-dua mangsa sedang dilakukan pasukan mencari dan menyelamat.



Semalam dilaporkan 10 mangsa termasuk sembilan sekeluarga dihanyutkan arus deras ekoran fenomena kepala air sewaktu berkelah di Jeram Mawar.

Dua mayat iaitu Azizah Eiyi, 40, dan anak keempatnya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11 masing-masing ditemui pada pukul 12.45 tengah hari dan 5 petang semalam. K Online

Tragedi kepala air: Dua lagi mayat ditemui

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM

Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya



Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker