Mayat budak lemas tersangkut pada pokok buluh

Pasukan bomba dan penduduk kampung memulakan SAR bagi mencari seorang kanak-kanak yang dikhuatiri lemas sebelum mayatnya ditemui tersangkut pada pokok buluh di Sungai Tawau, Kampung Jawa Lanut, Tawau pada pagi Ahad

TAWAU – Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui dalam keadaan tersangkut pada pokok buluh di Sungai Tawau, di sini, pada awal pagi Ahad.

Mayat Mohd Alif Amuddin ditemui pada jam 8.19 pagi iaitu kira-kira 600 meter dari lokasi mangsa terjatuh di jambatan Sungai Tawau di Kampung Jawa Lanut pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dikhuatiri lemas disambung pada hari kedua bermula jam 6.52 pagi Ahad.

“SAR dilaksanakan melibatkan 10 anggota termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau.

“Mangsa kemudian ditemui oleh pasukan bomba dan penduduk kampung dalam keadaan tersangkut pada pokok buluh iaitu pada jarak 600 meter dari lokasi mangsa terjatuh,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa disahkan telah meninggal dunia dan mayatnya kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi SAR kemudiannya ditamatkan pada jam 8.30 pagi,” katanya.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, kanak-kanak terbabit dikhuatiri lemas selepas dikatakan tergelincir sebelum terjatuh dari jambatan sungai berkenaan.

Mayat budak lemas tersangkut pada pokok buluh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Remaja maut digilis jentera penggelek beroda ketika turap jalan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker