Remaja maut digilis jentera penggelek beroda ketika turap jalan

Gambar Hiasan

PETALING JAYA: Seorang remaja maut digilis jentera penggelek beroda ketika kerja penurapan jalan dilakukan dekat lampu isyarat Siong Boon di Jalan Johari Sunam, Bintulu semalam.

Difahamkan, mangsa ialah Jeffry Jaya, 17.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 9.40 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dikatakan sedang melakukan kerja di tepi jalan itu pada 5.15 petang.



“Tiba-tiba, jentera dikendalikan lelaki berusia 57 tahun yang bergerak perlahan dari arah hadapan merempuh mangsa menyebabkan dia digilis lalu terperosok ke bawah jentera itu.

“Rakan sekerja lain berteriak bahawamangsa digilis menyebabkan pengendalinya memberhentikan jentera serta-merta,” katanya dipetik Harian Metro.

Beliau berkata, mangsa yang parah di seluruh badan dihantar ke Hospital Bintulu, sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



“Polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden yang meragut nyawa remaja lelaki ini,” katanya.

Remaja maut digilis jentera penggelek beroda ketika turap jalan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Perodua Alza terbabas masuk longkang sebelum terbakar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker