Terima ‘Katak Politik’ tindakan mengadaikan moral dan maruah

PETALING JAYA: Veteran DAP, Lim Kit Siang mengingatkan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak menggadaikan moralnya dengan menerima empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertanding atas tiket gabungan itu pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Beliau menyambut baik keputusan Majlis Presiden PH semalam menolak bekas ahli DAP, Norhizam Hassan Baktee sebagai calon PRN Melaka dan menggesa tindakan sama diambil terhadap tiga lagi bekas ADUN itu.

“Ia dikatakan untuk mencapai kemenangan di Melaka, kita perlu bekerjasama dengan mana-mana pihak yang boleh memberikan kemenangan kepada PH,” katanya merujuk kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua baru-baru ini.



“Namun saya berpendapat tiada seorang pun daripada bekas ADUN itu yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Melaka dan PRN diadakan ini harus dijadikan calon PH.

“Sekiranya diberikan pilihan antara bekerjasama dengan oportunis dan penyangak atau kalah dengan berpegang kepada prinsip politik dan integriti, saya memilih pilihan kedua,” katanya dalam kenyataan.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu merujuk langkah bekas Ketua Menteri, Idris Haron (Sungai Udang), Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Norhizam (Pengkalan Batu) yang mengumumkan penarikan sokongan terhadap kerajaan negeri serta Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali awal bulan ini.

Semalam, Majlis Presiden PH memutuskan Norhizam tidak akan menjadi calon mereka pada PRN Melaka 20 Nov ini.



Sementara itu, Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook berkata, parti itu tidak akan bekerjasama dengan pengkhianat dan pendirian jelas itu telah dibuat Majlis Presiden PH.

“PH mesti tolak pengkhianat. Noktah,” kata Loke dalam hantaran di Facebook.

Semalam, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago turut memberi amaran bekas ADUN itu mungkin berpaling tadah sekali lagi, sekiranya menang dalam PRN bulan depan.

Terima ‘Katak Politik’ tindakan mengadaikan moral dan maruah




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tiada tempa buat Adun berpaling tadah, bertandinglah tiket bebas – MP PKR



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker