Pasukan bolasepak N9 tarik diri Piala Malaysia selepas positif Covid-19

PETALING JAYA: Negeri Sembilan FC (NSFC) menarik diri daripada baki saingan Piala Malaysia untuk musim ini, selepas 20 pemain serta empat pegawainya positif Covid-19.

NSFC dalam kenyataan hari ini berkata, 24 pegawai dan pemainnya sedang menjalani kuarantin wajib di rumah dengan dipantau Kementerian Kesihatan (KKM).

“Ujian pengesanan Covid-19 scara berterusan sedang dilakukan bagi mengesan kontak rapat pemain dan pegawai NSFC terlibat,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Menurutnya, penarikan itu demi menjaga keselamatan semua pihak dan atas nasihat doktor pasukan.

“NSFC ingin memohon setinggi-tinggi kemaafan kepada penyokong kerana hal ini turut menyebabkan pembatalan perlawanan persahabatan menentang Kuching City FC yang sepatutnya diadakan pada 20 Okt dan NSFC tidak dapat meneruskan baki saingan Piala Malaysia untuk musim 2021.

“NSFC juga berharap penyokong memberikan sokongan dan mendoakan kesejahteraan pemain dan pegawai pasukan.”

NSFC yang diundi dalam Kumpulan C bersama Kelantan, Kedah dan Melaka, mengumpul tiga mata selepas dua perlawanan dan masih berbaki empat perlawanan.

Pasukan bolasepak N9 tarik diri Piala Malaysia selepas positif Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir jawab Sultan Johor isu Pulau Batu Puteh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker