PRN Melaka acuan PRU-15 – Najib

PRN Melaka acuan PRU-15 – Najib

Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan gabungan atau tanpa pakatan bersama PAS serta BERSATU akan menjadi acuan kepada pilihan raya umum.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pertembungan tiga penjuru di antara calon UMNO atau BN dengan calon Perikatan Nasional (PN) akan menyukarkan kemenangan selesa.



Beliau berkata, pemimpin BN pada peringkat pusat perlu meneliti pelbagai kemungkinan ketika membincangkan cadangan kerjasama dengan PN atau pakatan UMNO dengan PAS dalam Muafakat Nasional.

“Ini penting kerana PRN Melaka mampu menjadi acuan kepada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Najib berkata demikian selepas melawat rumah warga uzur Bahari Abd Rahman, 75 di Taman Beringin Masjid Tanah, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.



Ditanya mengenai kempen secara dalam talian, Najib berkata, petugas BN dan UMNO mampu melakukan kempen cara baharu itu.

“Kita perlu buat penyesuaian dalam pendekatan terbabit. Apapun saya percaya ahli parti mampu melakukan sedemikian.

“Pendekatan kempen terbabit diakui penting untuk menjaga keselamatan kesihatan masyarakat umum sepanjang tempoh berkempen,” katanya. BH

PRN Melaka acuan PRU-15 – Najib




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker