MP bebas dilantik pengerusi MPOC

Ahli Parlimen Julau Larry Sng telah dilantik pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) yang baru.

MPOC mengumumkan pelantikan itu melalui ucapan tahniah di Facebook.

“Kakitangan dan pengurusan MPOC ingin mengucapkan tahniah kepada YB Larry Sng Wei Shien atas pelantikannya sebagai pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia,” katanya.

Sng pada bulan Februari mengundurkan diri daripada PKR untuk menjadi ahli parlimen bebas yang menyokong kerajaan PN pimpinan perdana menteri ketika itu Muhyiddin Yassin.

Pengundurannya daripada PKR kebetulan seiring dengan langkah dua ahli parlimen lain yang keluar dari parti itu, Ahli Parlimen Kuala Langat Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong.

Ketiga-tiga ahli parlimen ini juga menyokong pemimpin Umno Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri baru selepas Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu kehilangan sokongan majoriti.

Sebelum Sng berpaling tadah, beberapa pemimpin utama termasuk ketuanya Baru Bian, yang juga ahli parlimen Selangau telah meninggalkan PKR.

Baru, bagaimanapun, bergabung dengan Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan kekal dalam pembangkang.

MP bebas dilantik pengerusi MPOC


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Idris Haron Meroyan Bila Gagal Lagi Dan Lagi Jadi Ketua Menteri Melaka

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker