PRN Melaka: ‘Rakyat Rindu Zaman BN’ – Najib

PRN Melaka: ‘Rakyat Rindu Zaman BN’ – Najib

MASJID TANAH: Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak, berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) akan membawa kembali zaman BN yang dirindui rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

“Kita yakin agenda UMNO dan BN agenda terbaik terbukti selama ini. Mereka (rakyat) ada peluang buat perbandingan zaman BN, PH (Pakatan Harapan), PN (Perikatan Nasional).



“Rata-rata kata, mereka (rakyat) rindu zaman BN,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menegaskan UMNO dan BN perlu bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan jika tiada kesepakatan dengan parti lain menjelang PRN Melaka.

Jelas Ahli Parlimen Pekan itu, keputusan muktamad belum ditetapkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, namun jentera UMNO dan BN perlu berusaha sedaya upaya untuk memenangi PRN berkenaan.

“Apa bentuk kerjasama, sama ada bertanding sendiri atau bertanding (dengan) sokongan dan kerjasama dengan pihak lain… Muafakat Nasional (MN) atau PN saya tak sentuh, itu bidang kuasa MKT.

“Saya serahkan kepada mereka menentukan apa kaedah formula yang terbaik, kita kena bersedia apa juga keadaan. Mungkin kita ada pilihan, dari segi… kita perlukan pihak lain bersetuju apa kita cadangkan,” katanya.-Awani

PRN Melaka: ‘Rakyat Rindu Zaman BN’ – Najib




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir jawab Sultan Johor isu Pulau Batu Puteh

‘Saya dikecam teruk, sering disindir’- Siti Nordiana



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker