PH Akan Hilang Kredibiliti Jika Terima 4 ADUN – Ramkarpal Singh

PH Akan Hilang Kredibiliti Jika Terima 4 ADUN – Ramkarpal Singh

Pakatan Harapan akan hilang kredibiliti sekiranya menerima empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik diri dari kerajaan negeri Melaka yang juga telah mencetuskan krisis politik yang tidak diingini di Melaka.

Kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh, perkara itu harus dihindari dengan segala cara memandangkan PH mempunyai komitmen undang-undang antilompat parti berdasarkan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani bersama kerajaan baru-baru ini.



Kata Ramkarpal dalam satu kenyataan media, adalah tidak sesuai sekiranya PH menerima 4 ADUN tersebut dan dalam masa yang sama mendesak undang-undang anti lompat parti.

“Keempat-empat adun boleh bertanding secara bebas.

“Sekiranya dibenarkan bertanding di bawah panji PH ia dilihat akan menggagalkan usaha PH berkenaan undang-undang anti lompat parti dan mengundang kecaman ramai,” katanya.

Tegas Ramkarpal lagi, PH juga tidak boleh dilihat bersubahat dalam tindakan mereka sekaligus boleh merugikan PH dalam pilihan raya umum akan datang juga.

Sebelum ini, beberapa pemimpin PH telah menyuarakan kebimbangan mereka untuk bekerjasama dengan keempat-empat ADUN tersebut.



Isu itu juga dikatakan menyebabkan ketegangan tercetus dalam gabungan itu.

Kenyataan ini dibuat susulan terdapat spekulasi bahawa PH akan menerima keempat-empat ADUN tersebut – bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas – Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) – sebagai calon mereka dalam pilihan raya negeri Melaka.-Awani

PH Akan Hilang Kredibiliti Jika Terima 4 ADUN – Ramkarpal Singh




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir jawab Sultan Johor isu Pulau Batu Puteh

‘Saya dikecam teruk, sering disindir’- Siti Nordiana



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker