Idris Haron Meroyan Bila Gagal Lagi Dan Lagi Jadi Ketua Menteri Melaka

Oleh Nurul Aisyah

SEMUA rakyat Melaka tahu Idris Haron seorang Ketua Menteri yang GAGAL. Terlalu jauh perbezaan cara pemerintahan Idris dan Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam. Namun Idris masi tergila-gilakan jawatan tersebut walau pun beliau tidak mampu bawa sebarang kemajuan di Melaka.

Ketika Barisan Nasional berjaya merampas negeri Melaka dari tangan Pakatan Harapan, Idris dikatakan sangat kecewa apabila tidak dilantik sekali lagi sebagai Ketua Menteri negeri tersebut. Sebaliknya Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali pula yang menjadi Ketua Menteri Melaka.

Bermula dari saat itu, Idris Haron dikatakan mula menyusun gerakan untuk menjadi Ketua Menteri walau dengan apa cara sekali pun.

Oleh itu, kenyataan Idris Haron yang kononnya menarik sokongan dari pentadbiran kerajaan BN-Perikatan Nasional (PN) Melaka kerana tidak yakin dengan kerajaan negeri dilihat sebagai alasan semata-mata. Motif utama beliau sebenarnya adalah untuk menjadi Ketua Menteri.

Perkiraan Idris tersasar jauh. Beliau mengharapkan pertukaran kerajaan berjalan lancar seperti yang berlaku tahun lalu dalam Langkah Sheraton, apabila kerajaan bertukar tanpa melibatkan pilihan raya. Namun, hal itu tidak pula berlaku di Melaka.

“Kalau datang Melaka kena hati-hati, ada kekeliruan matematik: 15 itu lebih kecil daripada 13,” dipercayai merujuk pertukaran kerajaan yang tidak menjadi kenyataan, bahkan kerajaan BN-PN kekal mentadbir sebagai kerajaan sementara sehingga PRN diadakan.

“Sepatutnya ia hanya melibatkan 28 orang (Adun) sahaja. Tetapi sekarang ini terpaksa melibatkan lebih 494,000 pengundi,” katanya lagi.

Kredibiliti Idris Haron hilang sekelip mata. Tiba-tiba rakyat sedar betapa rakusnya beliau dalam mengejar jawatan tanpa ada sifat wala’ kepada ketua dan tanpa rasa setia kepada parti. Idris Haron tanpa ada rasa malu membuat perjumpaan dengan musuh dan sanggup bekerjasama dengan musuh demi kerakusan untuk menjadi Ketua Menteri.

Kini rakyat sedar, apa sahaja yang keluar dari mulut Idris Haron adalah dusta semata-mata untuk menghalalkan salahlaku beliau,

Beliau sanggup merekayasa cerita kononnya wujud krisis kepemimpinan dalam kerajaan dikepalai Sulaiman Md Ali sebagai ketua menteri.

Idris mendakwa pentadbiran kerajaan negeri ketika itu menerima campur tangan luar. Meski pun tidak menyebut sebarang nama, Idris dipercayai menyasarkan kenyataan itu kepada Pengerusi Umno Melaka merangkap Speaker DUN Melaka, Datuk Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkali-kali cuba manipulasi isu kononnya ‘penyelewengan projek’ berlaku di Melaka, termasuklah penipuan terhadap kerajaan persekutuan berhubung royalti pasir. Dakwaan tersebut sangat tidak berasas kerana menurut sumber bukti menunjukkan bahawa Idris Haron merupakan individu yang mengeluarkan surat pasir berkenaan. Malah Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman tidak pernah mengeluarkan sebarang surat pasir seperti yang didakwa Idris Haron.

Idris Haron dilihat semakin hari semakin meroyan apabila beliau menyedari rakyat telah tahu tembelang sebenar beliau. Sokongan terhadap Idris dikatakan merosot dengan sangat teruk sehingga memaksa beliau “lari” ke Dun Asahan dalam PRN Melaka ini untuk menyelamatkan diri.

Apa yang pasti rakyat akan menghukum si katak yang menjadi pengkhianat.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker