PRN Melaka: Jentera JR Teruskan Khidmat Menangkan BN, Patuhi SOP – Noraini

Sebaran :

PRN Melaka: Jentera JR Teruskan Khidmat Menangkan BN, Patuhi SOP – Noraini

MASJID TANAH, 23 Okt – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Noraini Ahmad berharap jentera Jalinan Rakyat (JR) menumpukan gerak kerja sebaiknya dalam memberikan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Namun menurut beliau meskipun fokus mendepani pilihan raya ini mereka diharap tidak alpa dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan COVID-19.

“Saya harapkan Wanita bekerja bersungguh-sungguh dengan penuh dedikasi dengan mengambil kira SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam meraih undi untuk mengembalikan keyakinan rakyat untuk menyokong BN di dalam PRN Melaka ini.



“Jadinya besarlah harapan saya untuk masing-masing dapat menumpukan penuh perhatian untuk memenangkan BN,” katanya.

Sementara itu, beliau mengharapkan rakyat di negeri ini mengambil tindakan bijak dengan memilih calon daripada BN berdasarkan pengalaman yang dimiliki oleh parti ini.

“Saya harapkan pengundi di Melaka ini melihat track record yang telah dilakukan oleh BN ketika mentadbir negeri ini.

“Berikan undi tersebut kepada BN insya-Allah kita akan melaksanakan dan mengatakan apa juga janji yang akan diberikan oleh BN Melaka,” ujar beliau.



Beliau berkata demikian selepas ditemui pada Majlis Pelancaran Jentera JR PRN Melaka yang turut dihadiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Ketua Wanita UMNO Melaka, Datuk Latipah Omar dan kepimpinan Wanita.

Terdahulu dalam ucapannya beliau turut mengajak Wanita UMNO untuk terus kukuh berjuang demi parti dan mengenepikan perbezaan.

“Hari ini adalah hari yang sangat penting buat kita semua kerana pada hari ini kita kumpulkan semua kekuatan dimiliki.

“Ketepikan semua sengketa dan perbezaaan, kita satukan jiwa dan perasaan agar sepakat sepasukan demi memastikan kemenangan PRK ini tercapai.



“PRN ini kita harapkan kemenangan berpihak kepada rakyat di bawah panji UMNO/ BN yang pasti kita yakinkan kepada rakyat bahawa UMNO ini adalah parti keramat yang kekal teguh membela mereka,” ujar beliau. – UMNO Online

PRN Melaka: Jentera JR Teruskan Khidmat Menangkan BN, Patuhi SOP – Noraini


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir jawab Sultan Johor isu Pulau Batu Puteh

‘Saya dikecam teruk, sering disindir’- Siti Nordiana


Sebaran :

Leave a Reply