Vin Diesel ‘Ganti’ Paul Walker Pada Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Mendiang [VIDEO]

Vin Diesel ‘Ganti’ Paul Walker Pada Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Mendiang

BUKAN sekadar rakan artis dalam filem, malah persahabatan mereka lebih daripada itu.

Biar pun Paul Walker sudah tiada lagi, namun nilai persahabatan mereka kekal sehingga ke hari ini.

Pada Jumaat, bintang filem itu hadir pada majlis perkahwinan anak mendiang rakan baiknya itu, Meadow Walker dengan pelakon Louis Thornton-Allan.

Walaupun mendiang ayahnya tiada di sisi, namun Diesel sudi ‘menggantikan’ Paul untuk mengiringi Meadow pada hari bahagia pasangan itu.

Meadow Walker, 22, berkongsi khabar gembira itu di Instagram pada Jumaat.

Kami sudah berkahwin!!!!” kongsinya dalam video hitam putih pada majlis gilang-gemilang pinggir pantai.

Dalam klip itu, Meadow dilihat memakai gaun Givenchy ‘halterneck‘ yang menawan, dipadankan dengan vel putih.

Vin Diesel kemudian muncul bersama pengiring pengantin perempuan serta rakan dan ahli keluarga yang lain.

Sumber memberitahu E! bahawa Vin Diesel yang juga ayah baptisnya mengiringi Meadow untuk lafaz perkahwinan.

Rakan-rakan dan peminat bintang tampil meninggalkan komen juga ucapan tahniah sempena hari bahagia pengantin.

Walaupun tidak dinyatakan lokasi majlis secara khusus, menurut Vogue, difahamkan kedua-dua pasangan itu berkahwin dalam upacara mewah di Republik Dominika.

Meadow walau bagaimanapun agak kecewa kerana situasi pandemik telah mencacatkan sedikit perancangan awal mereka.

“Pandemik COVID-19 telah menjejaskan perancangan kami.

“Keluarga Louis tidak dapat hadir.

“Ramai rakan karib yang kami anggap sebagai keluarga juga tidak dapat hadir akibat sekatan perjalanan,” kata Meadow kepada Vogue.

Pasangan ini mengumumkan pertunangan beberapa bulan lalu selepas Meadow menunjukkan sebentuk cincin dalam video yang disiarkan pada Ogos.

Ayah Meadow, bintang “Fast and Furious” Paul Walker meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada tahun 2013 ketika anak perempuannya itu baru berusia 15 tahun.

Vin Diesel ‘Ganti’ Paul Walker Pada Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Mendiang


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kereta Supra mendiang Paul Walker dalam ‘Fast & Furious’ bakal dilelong

Fast & Furious 9 : The Fast Saga Sah Akan Ada Aksi Di Angkasa Lepas Pula

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker