Tessie guru Sarawak pertama merangkul Anugerah Guru Global

Sebaran :

Tessie guru Sarawak pertama merangkul Anugerah Guru Global

Kaedah inovatif dalam mengajar Bahasa Inggeris kepada pelajarnya serta komuniti setempat menjadikan Tessie Rijem (gambar), 30, guru dari Sarawak pertama memenangi Anugerah Guru Global 2021.

Guru yang berasal dari Bau itu kini mengajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh di Selangau antara lapan guru dari Malaysia memenangi anugerah itu tahun ini.

Kejayaan meraih anugerah itu pastinya membuat dirinya begitu gembira kerana semua penat lelahnya membantu pelajar dan komuniti di sekitar sekolah beliau mengajar berjaya meningkatkan penguasaan mereka dalam Bahasa Inggeris, diiktiraf.



“Apa yang sentiasa saya mahu lakukan ialah meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan komuniti mereka. Bagaimanapun saya sedar untuk berbuat demikian saya perlu bekerja lebih keras,” ketika dihubungi The Borneo Post hari ini.

Tessy mendedahkan beliau memperkenalkan pelbagai program untuk pelajar dan komuniti setempat.

Beliau menambah, penting untuknya mencari cara mengajar yang lebih inovatif bagi mempromosikan Bahasa Inggeris di setiap tempat beliau mengajar.

“Selain mengadakan kelas, saya memperkenalkan idea lain seperti pertandingan menyanyi lagu Bahasa Inggeris, menggalakkan pelajar bercakap dalam Bahasa Inggeris sekerap mungkin apabila bersama komuniti mereka, memberi idea pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris sebenar menyeronokkan dan banyak lagi,” katanya.



Sebagai anak kelahiran Bau, Tessy memberitahu sememangnya menjadi impiannya untuk mengajar di kampung halaman pada masa akan datang agar idea-ideanya itu diperkenalkan kepada penduduk tempat beliau dilahirkan.

Dalam pada itu beliau berharap akan mendapat bantuan sewajarnya daripada kerajaan agar program pengajaran dan pembelajaran diperkenalkannya boleh dibangunkan lagi.

“Buat masa ini saya merancang sendiri hampir kesemua program saya ini. Saya yakin boleh melakukannya dengan adanya bantuan daripada kerajaan jika mendapati program yang saya bangunkan ini berguna bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia menguasai Bahasa Inggeris,” katanya.

Tessy bagaimanapun, mendedahkan beliau tidak berdepan banyak halangan untuknya mengendalikan program-program diciptanya melainkan isu penyambungan internet lebih-lebih lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bagi mengekang penularan COVID-19.



Anugrah Guru Global bertujuan menjangkau secara aktif semua pelosok dunia dan mengenal pasti serta mengiktiraf guru luar biasa yang telah memberikan sumbangan besar dalam profesyen mereka.

Ia juga bertujuan mengenal pasti guru yang cemerlang dalam mengajar mata pelajaran berbeza, menunjukkan sumbangan luar biasa kepada pelajar dan memberi khidmat kepada komuniti menerusi pengajaran walaupun di luar bilik darjah formal.

Anugerah Guru Global yang merupakan inisiatif AKS Education Award, pertama seumpamanya bagi mengiktiraf kecemerlangan guru daripada semua wilayah dan komuniti dunia serta menyerlahkan sumbangan mereka dalam membina keupayaan komuniti juga membantu menjadikan masyarakat lebih baik menerusi kaedah pengajaran yang nyata memberi inspirasi. UB

Tessie guru Sarawak pertama merangkul Anugerah Guru Global


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kau ini apa pun tak faham, kata Najib pada Hanipa


Sebaran :

Leave a Reply