Saya jadi kambing hitam, bahan politik dan agama di Malaysia – Sajat

Sebaran :

Saya jadi kambing hitam, bahan politik dan agama di Malaysia – Sajat

Usahawan kosmetik buruan, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat mendakwa dirinya dijadikan kambing hitam serta bahan politik dan agama untuk mengalihkan perhatian daripada isu lain yang lebih serius di Malaysia.

“Misalnya isu daging import halal atau tidak. Di Malaysia, isu Sajat boleh alih perhatian daripada isu daging itu,” katanya dalam program “What’s going on Malaysia” bersama pelawak Harith Iskandar malam tadi.

Beliau berkata, tindakan melarikan diri ke Australia adalah keputusan terakhir selepas merasakan dirinya tidak selamat dan tertekan.



Beliau mendakwa pernah terfikir mahu membunuh diri selepas diraba dan dikasari ketika ditahan pihak berkuasa agama awal tahun ini.

“Mungkin mereka tak faham apa yang saya alami. Ini dalam bentuk kekerasan dan sentuhan. Walaupun cuma raba saya sebab alasan kata saya lelaki, tetapi rasa tak selamat.

“Saya lari, saya sorokkan diri sebab saya rasa tak selamat.”

Dalam temu bual dengan New York Times baru-baru ini, Nur Sajat yang diberikan suaka di Australia mendakwa diraba pihak berkuasa agama ketika dipanggil memberi keterangan Januari lalu.



Katanya, kejadian itu disaksikan ibunya sendiri yang menegur dan mempertikaikan perbuatan berkenaan oleh seseorang yang sepatutnya alim.

Beliau mendakwa ketika disoal, sekurang-kurangnya tiga lelaki mengasarinya, termasuk meraba dadanya sebelum dia dimasukkan ke tempat tahanan lelaki semalaman.

Nur Sajat kemudian membuat laporan polis dan beberapa hari selepas itu, pihak berkuasa berkata, seorang pegawai penguat kuasa jabatan agama dipanggil untuk memberikan kenyataan.

Sementara itu, Nur Sajat berkata, beliau boleh menjadi dirinya dan merasakan lebih dihargai di Australia.



“Sajat rasa boleh jadi diri Sajat. Orang Australia banyak bantu saya dari segi perumahan dan juga selok-belok perniagaan.” FMT

Saya jadi kambing hitam, bahan politik dan agama di Malaysia – Sajat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat


Sebaran :

Leave a Reply