Pertandingan 3 penjuru pasti beri kemenangan kepada PH

Pertandingan 3 penjuru pasti beri kemenangan kepada PH

PAS, Umno dan Bersatu perlu menyelesaikan pembahagian kerusi dan mengelak berlaku pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi memastikan ketiga-tiga parti itu tidak rugi, kata Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden PAS itu berkata, perlu ada kerjasama dan muafakat selain beliau percaya akan ada jalan penyelesaian berhubung pembahagian kerusi.

Katanya, rundingan dan perbincangan bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru antara PAS, Umno dan Bersatu dalam PRN Melaka November depan sedang dijalankan.

“Semua orang mengaku (jika pertembungan) tiga penjuru, PAS rugi, Umno rugi, Bersatu pun rugi. Oleh kerana itu kita harus muafakat, Insya-Allah ada jalan keluar,” katanya semalam, menurut laporan Bernama.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata PAS berhasrat untuk bertanding di lima kerusi dalam PRN Melaka dan semua kerusi yang ingin ditandingi itu tidak membabitkan kerusi Umno.

“PAS berhasrat untuk bertanding lima kerusi di Melaka. Lima kerusi ini saya sebut pada Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan bahawa kita tidak akan ambil kerusi Umno.

“Kita ada 28 kerusi di Melaka, Umno ada 13 atau 14 kerusi. Jadi lebih kurang ada 14 lagi kerusi yang kita boleh duduk berbincang untuk kita elak bertembung,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal 16 Nov.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran DUN Melaka pada 4 Okt lepas apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertindak menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.

Empat bekas ADUN berkenaan ialah Idris Haron (BN-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas). FMT

Pertandingan 3 penjuru pasti beri kemenangan kepada PH


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker