‘Love You Bro’ Air Mata Awie, Pekin Gugur Kenang Allahyarham Mamat Khalid

‘Love You Bro’ Air Mata Awie, Pekin Gugur Kenang Allahyarham Mamat Khalid

“Beberapa minggu lalu arwah ada mesej berbunyi ‘Love you bro, cepat-cepat sembuh’. Dia tidak pernah mesej begitu dengan saya sebelum ini. Kalau bergurau pun kasar. Kemudian dia turut bertanya khabar.

Berkongsi momen terakhir dengan Mamat, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 52, berkata, dia menerima mesej terakhir arwah beberapa minggu lalu yang dianggap sedikit berbeza daripada kebiasaannya.

Kali terakhir kami berjumpa pada tayangan Kampung Pisang muzikal. Arwah disifatkan sebagai pengarah, sahabat dan abang yang baik kepada semua krew,” katanya.

Awie berkata demikian  yang turut menziarahi jenazah Mamat di rumah Allahyarham di Taman Ipoh Jaya Timur 1, Perak.

Awie yang tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan kenangan bersama pengarah tersohor itu berkata, Allahyarham Mamat tidak pernah menghantar mesej sedemikian kepadanya.

Selain itu, pelakon filem Hantu Kak Limah itu berkata, Allahyarham jugalah satu-satunya individu menafikan bahawa Awie seorang yang sombong.

“Pertama sekali apabila dia membawa saya menjadi Husin (watak dalam filem Hantu Kak Limah), dia cakap ‘tak betul apa yang orang cakap fasal kamu Husin’. Dia panggil saya Husin sampai hari ini.

“Orang kata kamu ini berlagak, sombong… kamu tak (sebenarnya). Sejak itu lah kami berbaik dan bermesra seperti adik (dan) abang.

“Saya sepenuh hati mengucapkan terima kasih kepada abang Mamat yang membentuk (bakat lakonan)…” cerita Awie sebelum dilihat tidak mampu menahan sedih lalu menangis.

 

Berkongsi lanjut, pelantun lagu Iris itu berkata beliau menerima panggilan mengenai berita pemergian Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid sekitar pukul 1 pagi.

Ketika itu beliau sedang menjalani penggambaran, dan tidak sempat menjawab panggilan tersebut.

“Bila saya tengok balik, dua kali panggilan tidak dijawab dari Perak. Bila saya tengok (panggilan) dari Perak, saya dah rasa ada sesuatu yang tak ‘best’.

“…. Susah saya (macam) tak percaya. Hubungan dengan abang Mamat ini saya sudah anggap seperti abang. Banyak yang saya pelajari daripadanya,” ujar Awie lagi.

Dalam masa yang sama, Awie menyifatkan Allahyarham sebagai seorang periang dan ‘cool‘ walaupun raut wajahnya seolah-olah garang.

Ujar beliau lagi, lagenda filem Melayu itu adalah penghibur di kala ada yang berdepan bermasalah di lokasi penggambaran.

PEMERGIAN Allahyarham Mamat Khalid ternyata cukup meninggalkan kesan kepada pelakon Pekin Ibrahim yang menganggap arwah bukan sahaja pengarah yang hebat tetapi juga sebagai seorang bapa.

Pekin atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim, 41, berkata, dia sering teringat pesanan dan nasihat arwah agar sentiasa merendah diri dan mencari ilmu.

“Saya masih ingat pesanan dia yang masih mekar di ingatan. Dia bukan hanya pengarah, dia macam bapa selalu tegur saya

“Terutamanya dalam filem dia selalu pesan kena pandai cari orang yang boleh mengajar kita jadi bagus, kena sentiasa merendah diri sebab kita bukan sentiasa berada di atas,” katanya kepada mStar.

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River, Perak, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Ahad

Berkongsi pengalamannya sepanjang mengenali arwah, kata Pekin, Mamat adalah pengarah terawal yang percaya kepada bakatnya sebagai pelakon.

“Setiap apa yang saya nak buat, saya akan tanya dia sebagai rujukan dan minta pendapat.

“Apabila saya nak buat drama dan kalau dia kata okey baru saya buat. Dia macam guru saya

“Dia antara orang terawal yang bawa saya terjun ke filem dan percaya bakat saya sebagai pelakon filem. Sedangkan ramai pengarah lain yang ragu-ragu dengan saya, dia sering bagi peluang daripada watak kecil sampai watak utama,” ujarnya.

Allahyarham Mamat Khalid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Paloh, Ipoh kira-kira pukul 2.20 petang Ahad.-mSTAR/Awani

 

‘Love You Bro’ Air Mata Awie, Pekin Gugur Kenang Allahyarham Mamat Khalid


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sempat ajar suami mengucap, berzikir

PRN Melaka: Mesyuarat Cawangan UMNO Klebang Kecil Kecoh, Idris Harun Muncul Beri Ucapan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker