De Fam, Dolla identiti berbeza…

De Fam, Dolla identiti berbeza…

“De Fam mempunyai identiti De Fam daripada dulu lagi. Bagaimana, kita nak ‘portray’ (menggambarkan) diri kita. Tak pernah cuba nak ‘portray’ jadi orang lain, sebab saya rasa identiti sangat penting,”

Demikian kata anggota De Fam, Azira Shafinaz berkaitan komen netizen yang didakwa membandingkan gaya pemakaian De Fam dengan Dolla yang terlalu seksi hingga mencetuskan isu, baru-baru ini.



Azira berkata, De Fam memang sejak dari dulu juga amat berjaga-jaga dan masing-masing sentiasa berkongsi untuk menggayakan konsep pakaian yang sama sebelum menghadiri sesuatu acara hiburan.

“Kami bertiga ini, sejak dari dulu lagi kalau suka apa-apa mesti semua sama. Kalau nak pakai baju apa, kami akan kongsi bersama. Atau pun, visual macam mana tetap kita kongsi bersama. Jadi, saya rasa, komunikasi sangat penting.

“Tapi, yang pasti saya rasa tak boleh nak ‘compare’ (bandingkan) sebab kita pun tahu, manusia akan buat silap. Jadi, belajarlah dari kesilapan itu dan senang cerita, fikir dengan positif,” katanya ditemui pada majlis pelancaran drama Viu Original Malaysia terbaharu, Ijab Kabut.

Menerusi drama itu, Azira melakonkan watak Deanna iaitu seorang penerbit muzik yang bercita-cita tinggi dan kompetitif terutama merealisasikan impian majlis perkahwinannya yang sempurna.



Menurut Azira, apa yang boleh dititipkannya sebagai nasihat kepada Dolla ialah kekal positif, jadi diri sendiri dan teruskan saja karier ini kerana mereka sudah ada dalam industri. Katanya, dia juga tidak boleh memberi komen kerana isu tiada kaitan dengan De Fam.

Ujar Azira lagi, dia bagaimanapun sedar dengan perbandingan yang cuba dibuat netizen antara De Fam dan Dolla. Tapi, katanya, apa nak buat sebab itu adalah netizen. Buat yang baik pun salah, kalau buat yang tak baik lagilah salah.

Selain Azira, De Fam yang mula menjadi perhatian ramai dalam industri muzik pada 2015 dan popular dengan lagu #Supergirls serta Panas, turut dianggotai dua lagi wanita berkaliber iaitu Sophia Liana dan Cik Manggis.

Terdahulu, untuk rekod Dolla yang dianggotai Sabronzo, Syasya, Angel dan Tabby, terkait isu penampilan seksi ketika mereka muncul membuat persembahan di Good Vibes Weekender, baru-baru ini.



Penampilan yang dilihat amat seksi itu, sekali gus menyebabkan Dolla mendapat kecaman hebat daripada netizen yang turut membandingkan pakaian mereka dengan penyanyi dari Korea Selatan iaitu ahli kumpulan 2NE1, Lee Chae-rin atau CL yang juga hadir di lokasi sama. HM

De Fam, Dolla identiti berbeza…


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN



Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker