Tuhan tarik nikmat bebas memandu Sharifah Sakinah
Tuhan tarik nikmat bebas memandu Sharifah Sakinah
Bukan manja atau mengada-ngada sebaliknya aktres Sharifah Sakinah menjelaskan penyakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) yang dihidapinya membuatkan dirinya mudah hilang fokus dan cuai ketika memandu.
Pengakuannya itu sekali gus menepis tanggapan salah segelintir pihak mengenai keputusannya untuk tidak lagi memandu kenderaan sendirir walaupun pernah mempunyai lesen memandu yang sah.
“Ramai yang tidak faham apabila saya memilih untuk tidak memandu lagi. Sebenarnya boleh dan mendapat lesen yang sah serta sudah memandu selama enam tahun tetapi orang label sebagai malas atau manja.
“Semasa memandu, saya kerap hilang fokus. Berangan, cuai dan makin tua semakin paranoid, kegelisahan melampau pun ada,” katanya dalam satu hantaran Instagram.
Tambah pemilik nama penuh Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 32, disebabkan tidak lagi memandu, dia kini memilih untuk menggunakan perkhidmatan e-hailingg jika mahu ke mana-mana sahaja.
“Menempah e-hailing atau minta orang lain pandu kereta ialah pilihan yang lebih baik walaupun tidak terlalu selesa.
“Duduk sebagai penumpang pun drama dan pilihan itu lebih bertanggungjawab.Tuhan tarik nikmat bebas memandu ke mana-mana, tak mengapalah, ada hikmahnya. Ada rezeki lain,” ujar pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka Itu.
Sebelum ini, Sakinah pernah memaklumkan bahawa dia menyedari menghidapi penyakit ADHD selepas menamatkan zaman persekolahan.
Ujarnya, antara simptom yang dialami ialah dia mudah hilang fokus dalam melakukan tugasan harian. K Online
Tuhan tarik nikmat bebas memandu Sharifah Sakinah
Baca Artikel Menarik :
- Dedahkan mereka, Najib mahu SPRM dapatkan senarai terima sogokan
- Mereka panggil saya ‘Padayappa’ di Baling – Azeez
- Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion
- Semarakkan Perjuangan, Waspada Pihak Nak ‘Bunuh’ UMNO
- Bertengkar semasa goreng kentang, suami celup muka isteri dalam minyak panas
- “Ketika Sungai Furat Kering Akan Ternampak Perbendaharaan Emas, Janganlah Ambil…”–Tanda-Tanda Kiamat Sudah Hampir
- Ustaz lawan hantu air tular
- Lawak lucah, Shuk Sahar suruh tunggu samannya
- Five Guys Kini Dibuka, Harga Burger Bermula RM35
- Baling kongsi pengalaman cakap Tamil dengan gajah, Jelutong ‘melompat naik hantu’ [VIDEO]
- Najib saman Tommy Thomas, kerajaan atas ‘pendakwaan salah’
Layari Laman Facebook MYKMU
Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?